Kenali Personaliti Anak Dari Wajah

Saya pertama kali dengar tentang ni ialah masa saya juga pertama kali berjinak-jinak dengan dunia pendidikan awal kanak-kanak. Masa tu saya perlu hadir seminar yang dianjur syarikat sebagai latihan pertama sebelum mula bekerja. Speaker pada masa tu ialah Dr. Putri Afzan pengasas Kinderkaizen yang dikenali ramai. Ramai yang hadir dan mengajukan soalan tentang anak Type I & Type II. Sepanjang seminar tu jugalah saya ‘blur’. Apa benda nya tu?

Balik rumah saya google. Tapi tak berapa berhasil. Kalau ada pun mesti lead tu diabetes. Tak mungkin la kan. Semua key word saya cuba. It took me a while to find out what it is. Saya pun tak tahu akhirnya macam mana saya bole jumpa info yang sedikit selesa. Which lead me to a book called Child Whisperer karya Carol Tuttle.

child-whisperer

Menurut Carol, ibu bapa bole mengenal personaliti anak dengan jenis ‘energy level’ mereka. Kita boleh bermula dengan menilai ciri wajah mereka sedari bayi lagi . Langkah ini dipanggil ‘face profiling’. Banyak contoh ‘face profiling’ yang ditunjukkan beliau di dalam website nya. Setiap inci wajah dan senyuman anak kita tu sebenarnya ingin menggambarkan sesuatu kepada kita ibu bapanya. Seterusnya mencerminkan personaliti mereka yang mana.

Saya akan cuba bekongsi sedikit info untuk contoh ‘face profiling’.

all-types

Type 1: The Fun-Loving Child

  • Bentuk muka bujur seperti hati (heart-shaped)
  • Mata yang berkelipan
  • Dahi luas dan berbentuk bulat
  • Mata, hidung,dagu dan pipi juga berbentuk bulat
  • Pipi pauh bila senyum (macam Siti Nurhaliza atau ‘apple cheek’)
  • Banyak membuat mimik muka

 Type 2: The Sensitive Child

  • Tona kulit yang sekata (rambut, kening sama dengan warna kulit)
  • Mata berbentuk badam
  • Kawasan mata melengkung ke bawah
  • Bersuara lembut

Type 3: The Determined Child

  • Muka bersudut seperti petak atau diamond
  • Garis rambut yang tidak sama
  •  Pipi, sekeliling mulut dan hidung bersegi tiga
  • Hujung mata yang berbucu (macam mata kucing)

Type 4: More Serious Child

  • Muka berbentuk simetri seperti panjang atau oblong
  • Elemen simetri penuh di muka (wajah seolah-olah mirror-imaged)
  • Banyak garis lurus di muka (kening, mulut, mata etc)
  • Biasa senyum tutup mulut (secara semulajadi)
  • Rahang yang terlihat jelas

four-types

Untuk lebih kepastian, kita boleh mula dengan kenal pasti perangai anak kita pula. Jenis bertenaga atau sensitif. Kalau yang bertenaga tu memang ‘obvious’ sampai kadang-kadang orang siap akan cop hyperactive. So automatik anak kita ni samada Type 1 atau Type 3. Tapi kalau yang pemalu atau pendiam , yang ni mungkin Type 2 atau Type 4.

the-child-whisperer-how-to-infographic

Kenapa penting kita nak tahu anak kita ni ‘type’ yang mana? Supaya lebih mudah kita mengawal emosi mereka. Dan sebenarnya emosi kita ibu bapa. Takdelah hilang ‘cool’ kita kan. Lebih-lebih lagi kalau tengah tantrum. Kalau kita dapat tahu ‘type’ yang mana dari kecil lagi, Insya Allah lebih mudah untuk jadi ibu bapa terbaik untuk mereka.

Sebenarnya banyak je lagi kelebihannya. Boleh rujuk website The Child Whisperer. Ada info dan prenting tips untuk setiap ‘type’ sedari bayi hingga remaja. Atau beli je terus buku nya. Insya Allah banyak manfaatnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s